MPOA Website

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kursus Induksi dan Bayaran Levi Pekerja Asing

MPOA telah mengutus surat kepada YB Menteri Tenaga Kerja mengenai dua isu yang dihadapai oleh industri sawit, iaitu, kursus indusksi dan bayaran levi pekerja asing. MPOA telah merayu terhadap keputusan dimana kursus induksi bagi pekerja asing akan dilaksanakan di negara asal semenjak April 2009. Pada masa lalu, MPOA dan MAPA telah mengendalikan kursus ini bersama  meliputi modul perundangan buruh, perundangan dan tatacara jenayah, peraturan imigresen, keselamatan tempat kerja  dan bahasa dan kebudayaan Malaysia. Pelaksanaan kursus induksi di negara asal akan melewatkan proses pengambilan dan membebankan majikan. Pekerja asing akan menanggung kos lebeh mahal untuk mencari kerja dan kos pengambilan pekerja oleh majikan akan meningkat.

MPOA telah juga memohon agar dikaji semula keputusan dimana pihak majikan kena bayar levi dan kebenaran untuk potongan gaji pekerja asing dibatalkan. Bayaran levi merupakan satu bentuk cukai yang dikenakan kepada pekerja asing untuk bekerja di negara ini secara dan mengunakan perkhidmatan dan kemudahan fizikal dan social yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Oleh kerana pekerja asing tidak membayar cukai pendapatan, levi ini merupakan satu tanggungjawab kewangan perseorangan dan tidak wajar sekali dipindahkan tanggungjawab ini kepada pihak majikan perladangan yang telah menanggung beban cukai yang berat.

Tujuan pihak majikan memberi pendahuluan untuk bayaran levi ialah untuk mempastikan bahawa pekerja asing tidak lari kepada kerja, tempat atau majikan lain dari tujuan asal pengambilan nya. Potongan gaji pula dibuat sebagai jaminan tidak secara langsung bagi pekerja asing untuk terus berkeja ditempat yang sama sehingga tamat tempoh kontrak dan tidak lari untuk menjadi pendatang asing tanpa izin.

Pada dasarnya, MPOA tetap menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Tetapi, keadaan pasaran menunjukkan bahawa tenaga kerja tempatan tidak berminat untuk berkerja di sektor ladang dan kemajuan dalam mekanasi di perladangan sawit adalah sangat terhad.
 

Member Login

Members Only