MPOA Website

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Caj Rawatan Hospital bagi Pekerja Asing Kekal Pada Kadar Asal

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa caj perbelanjaan sara hidup dan rawatan dalam hospital adalah kekal pada RM 3.00 sehari bagi pekerja asing di ladang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia. Ini bermakna kadar bayaran caj ini masih tertakluk kepada  Seksyen 17 Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan dikecualikan daripada mengakuri perenggan 8A Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2003. kerana tiada pindaan dibuat dalam peruntukan perundangan sedia ada. Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 5 Mei 2009 melibatkan Semakan Kehakiman yang merujuk kepada pekara ini. Berikutan dari itu, pihak ladang yang terlibat dan telah membuat bayaran pada kadar penuh dengan iringan surat bantahan  boleh  mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memohon daripada Pengarah Hospital yang berkenaan untuk menysuli keputusan tersebut.
 
Pada 23 Jun 2004 Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pekeliling mengumumkan pengenaan kadar caj baru bagi rawatan pekerja asing ladang. Ianya adalah sebagai mematuhi Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) (2003) meliputi semua jenis rawatan perubatan dan pemeriksaan kesihatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam bagi pekerja asing diladang.  Kementerian Kesihatan telah menyatakan bahawa kadar caj yang dikenakan dibawah Perintah Fi berkenaan mengatasi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang hanya mengenakan RM 3.00 sehari untuk pesakit pekerja asing ladang dalam hospital yang telah ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia.

Oleh kerana itu, dua syarikat perladangan ahli MPOA telah merujuk kes terebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan nya ialah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990  masih lagi terpakai dan ianya mengatasi Perintah Fi (Perubahan) (Pindaan) 2003. Akta Fi 1951 merupakan Akta Induk dan Perintah Fi merupakan satu perundangan kecil dibawahnya.Mahkamah Tinggi mengambilkira  pengecualian dan keistimewaan yang diperuntukan dalam Akta Fi 1951 dan Printah Fi (Perubatan) 1982 dimana pekerja asing di ladang diberi pengecualian dan keistimewaan mengikut kehendak “lain lain perundangan bertulis” yang boleh dirujukkan kepada Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.
 

Member Login

Members Only


çarkıfelek dumansız ızgara modelleri infertility causes türbanlı seks hikayeleri mobilya modelleri yataş mobilya alfemo mobilya istikbal mobilya