MPOA Website

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Industri Sawit Ragu Dengan Perakaunan Pertanian IAS 41

Sistem perakauan di Malaysia akan diselarikan  dengan Sistem Laporan Kewangan Antarabangsa  [International Financial Reporting System (IFRS)] apabila Standad Perkaunan Antarabangsa  41 bagi Pertanian [International Accounting Standard 41 - Agruculture (IAS 41)] akan  dilaksanakan pada awal tahun 2012. Tujuan pelaksanaan  IAS 41 ialah untuk mengadakan satu amalan perakaunan  yang sama bagi aktiviti pertanian supaya lebeh telus dan boleh dibanding diantara satu dengan lain.

Pada 22 Oktober, 2009, MPOA telah menganjurkan satu bengkel untuk memberi kesedaran mengenai IAS 41 kepada industri perladangan sawit di Malaysia. Sehingga kini, masih terdapat keraguan dikalangan syarikat perladangan sawit di Malaysia terhadap IAS 41, khususnya mengenai implikasi peraturan perakaunan ini terhadap cara pengurusan dan laporan kewangan bagi  perladangan sawit.

Dalam mesyuarat yang telah diadakan dengan Lembaga Standad Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board- MASB) semenjak tahun 2005, MPOA sentiasa menyatakan bantahan terhadap  pelaksanaan perakaunan  IAS 41  keatas industri sawit.  Berikutan dari itu, MASB pula telah memanjangkan bantahan ini kepada Lembaga Standad Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standard Board- IASB). Badan antarabangsa ini (IASB) mungkin akan mengambil perhatian terhadap pekara yang dibangkitkan itu. Tetapi, adalah sangat diragukan sama ada IASB  telah mengambilkira dan memberi perhatian yang sewajarnya  terhadap keunikan industri perladangan sawit berbanding dengan aktiviti pertanian yang lain.  Pada hemat industri sawit, IAS 41 dijangka akan lebeh memberi faedah kepada pihak  pelabur  dan syarikat diluar negara; tetapi kurang sekali  memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap impak sosio ekonomi kepada  industri perladangan di negara membangun.

Isu mengenai IAS 41 juga telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kumpulan Sawit Indonesia Malaysia  (Indonesia-  Malaysia Palm Oil  Group - IMPOG) pada 7 Ogos 2010 di Jakarta.  IMPOG adalah satu kumpulan yang terdiri dari persatuan pengeluar minyak sawit di Malaysia dan Indonesia yang dianggotai oleh GAPKI, MPOA, APIMI, SOPPOA, FELDA, NASH dan APKSINDO. Ianya membincang pelbagai isu yang dihadapi bersama oleh industri sawit  untuk  menentukan pendirian bersama  oleh dua negara  dalam  pekara seperti kemapanan, pelepasan dan stok karbon dan tanah gambut. Ini merupakan usaha untuk memelihara kedudukan dan kepentingan pengeluar sawit dalam menghadapi cabaran pasaran dan isu teknikal yang  muncul dari masa ke semasa.  

Apabila sistem perakaunan yang diamalkan sekarang oleh industri perladangan sawit  ditukar dari perakaunan kos sejarah (Historical Cost Accounting-HCA) kepada Perakaunan Nilai Saksama (Fair Value Accounting-FVA), laporan kewangan yang berlainan akan dikeluarkan. Perubahan ini  akan memberi kesan kepada  cara pengurusan kewangan, dividen, cukai, pelaburan dan pinjaman disamping terdapat juga implikasi keatas perakaunan kreatif dan pemalsuan sehingga menjejas kemapanan ekonomi  industri perladangan sawit.

Dalam sistem perakuan perladangan sawit sekarang, tiada keuntungan  dapat dihasilkan dalam  tahun awal  kerana sebahagian besar pengeluaran buah sawit  akan diperolehi  dimasa hadapan apabila pokok sawit meningkat matang. Disebaliknya, pendekatan perakauanan nilai saksama (FVA) akan menunjukkan keuntungan luar biasa pada awal tahun mula beroperasi; walaupun pulangan sebenarnya masih rendah. Berikutan dari itu, keuntungan yang dikira  akan menjadi kurang di tahun tahun hadapan  ketika hasil buah sawit  akan bertambah. Justeru itu, pendekatan ini akan mengubah keadaan sebenar nya dan tidak memberi gambaran  realiti pasaran .

Oleh kerana urusniaga jual beli  bagi hartanah ladang tidak begitu aktif dan tidak dapat  diadakan harga  pasaran mutakhir,  perakauanan nilai saksama (FVA) telah menggunakan  pendekatan Aliran Tunai Diskaun ( Dicsount Cash Flow – DCF). Ianya  mengiktiraf aliran pendapatan yang akan dijana oleh harta biologi sepanjang hayat ekonominya tetapi nilai semasanya ( present value) adalah lebeh rendah setelah didiskaunkan.   Untuk mengira nilai pendapatan masa depan mengikut pendekatan Aliran Tunai Diskaun (DCF), ianya memerlukan maklumat terperinci  mengenai keluasan tanaman, profil usia pokok, hasil mengikut kawasan, trend hasil lalu, harga pasaran buah sawit, kadar diskaun dan nilai harta biologi. Oleh kerana itu, nilai harta biologi dan keuntungan syarikat akan bergantung kepada andaian  yang digunakan dan perubahan yang berlaku bagi maklumat ini. Sementara itu, taksiran nilai ladang secara berkala terpaksa dibuat dengan lebeh kerap lagi untuk persediaan laporan kewangan.

Nilai harta biologi dalam perladangan adalah satu penilaian  yang subjektif yang dibuat keatas nilai saksama nya  kerana terdapat perbedaan kadar diskaun, unjuran hasil, paras harga dan lain lain lagi. Justeru itu, anggaran nilai harta  yang akan diperolehi adalah berbeza dan kekerapan penilaian yang terpaksa dilakukan akan menambah kos operasi ladang. Akibahnya industri perladangan sawit  bukan sahaja  akan menghadapi keadaan turun naik yang kencang bagi harga  komoditi  tetapi terdapat juga perubahan besar bagi  nilai ekuiti syarikat perladangan sendiri.

Sekolah Perniagaan di Universiti Oxford ( University of Oxford Business School) banyak  terlibat dalam perbincangan mengenai pelaksanaan IAS 41  dan sangat bimbang  terhadap  implikasi IAS 41 ini kerana terdapat banyak isu kontroversial yang berbangkit  darinya tetapi tidak dibincang atau diselesaikan masalah berkenaan.  Mengikut Prof. Tome Suzuki dari Universiti Oxford, pendekatan  perakaunan ini adalah serupa dengan  pendekatan yang digunakan oleh Syarikat Enron di USA  dan pelaksanaan nya akan menganggu dasar mengenai tadbir urus korporat (corporate governance), percukaian, dividen dan juga pendekatan perniagaan dalam  industri minyak sawit.

Dewasa ini, Universiti Oxford sedang membuat penyelidikan  mengenai  kesan lanjut dari IAS 41 keatas industri perladangan. Kedudukan Universiti Oxford yang bersikap serious, berkecuali dan mematuhi keluhuran akademiknya akan dapat membantu industri perladangan sawit di negara membangun seperti Malaysia dan Indonesia untuk mencabar peraturan perakaunan  IAS 41 dan tidak menerima nya bulat bulat.

Para penyelidik  di Universiti Oxford  ada mempunyai pengalaman  dalam menganalisis syarikat perladangan sawit  yang diniagakan di Bursa Saham London (London Stock Exchange) yang tertakluk  dengan IAS 41. Mereka pernah menghadapi keadaan  dimana  penggunaan Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return-IRR )  yang berlainan iaitu pada kadar 8% dan 16%  oleh dua syarikat perladangan sawit  telah menunjukkan  dua  penyata kewangan yang jauh berbeza  diantara satu dengan yang lain.

Sekolah Perniagaan di  Universiti Oxford,  yang ketuai oleh Prof. Tomo Suzuki , telah membuat satu penyelidikan mengenai  impak IAS 41  keatas  industri perladangan dan juga pihak yang berkepentingan (stakeholders). Kajian ini melibatkan  sebanyak 104 temuramah yang dilakukan dengan pelbagai responden  yang terdiri dari  pihak perladangan, persatuan perladangan , pelabur, Kementerian dan jabatan kerajaan, juruaudit , pakar penilaian, jabatan percukaian, persatuan antarabangsa, lembaga perakaunan nasional dan ahli akedemik. Temuan yang diperolehi  dari kajian ini menunjukkan  bahawa 96%  dari responden percaya yang  IAS 41 akan menjejas  pembangunan dan kemapanan  ekonomi  industri perladangan sawit.

Walaupun IAS 41 nampaknya akan lebeh memberi faedah kepada para pelabur, syarikat penilaian hartanah dan audit, penelitian yang mendalam  perlu dibuat keatas kesan sebenarnya yang tidak diingini oleh mereka. Para pelabur  yang sepatutnya menjadi pihak yang akan mendapat keuntungan  dari cara perakaunan ini masih lagi ragu rahgu kerana laporan kewangan syarikat perladangan akan menjadi lebeh mengelirukan berbanding dengan cara perakaunan sekarang. Pengurusan perladangan mungkin akan tergoda atau terpaksa untuk menghias (window dressing) angka dalam laporan kewangan   supaya lebeh menarik lagi  kerana syarikat saingan akan juga berbuat demikian.

Sungguhpun peluang peniagaan akan bertambah lagi kerana  pihak syarikat perladangan  perlu membuat penilaian berkala dengan lebeh kerap lagi, tetapi firma penilai dan firma audit  sedar dan sangat berhati hati  kerana tidak mahu menanggung  risiko pengauditan tinggi  berkaitan dengan cara perakaunan ini.

Syarikat perladangan sangat bimbang bahawa pertalian nisbah kewangan  yang wujud diantara keuntungan, cukai dan dividen akan berubah sementara  operasi urusniaga akan menjadi tidak stabil dan sukar. Maklumat kewangan yang asalnya telus dan berguna untuk rujukan pihak pelabur mungkin akan juga hilang dan mereka terpaksa lebeh bergantung kepada aliran maklumat  tidak formal yang diperolehi melalui hubungan persendirian.

Merujuk kepada beban cukai keatas keuntungan yang belum nyata, jabatan cukai masih belum memberi  penjelasan terhadap kedudukan sebenar nya. Jika sekiranya telah dibuat keputusan, ianya masih boleh diubah dimasa hadapan bergantung kepada keadaan dan amalan biasa kelak.

Ramai yang berpendapat  bahawa penganjur penggunaan IAS 41 hanya ingin  mengwujudkan pasaran modal yang cekap  tanpa mengambilkira  kepentingan  semua pihak yang terlibat secara langsung. Pihak penganjur  menganggap bahawa negara membangun masih tidak berupaya untuk membuat sumbangan yang bermakna kepada proses ini dan justeru itu, pekara ini  wajar dibiarkan sahaja kepada pakar perakuanan yang boleh menggubal standad perakaunan. Terdapat juga pihak yang tertentu dalam bidang perakauanan yang berpandangan serong bahawa negara membangun tidak wajar sekali campur tangan dalam bidang teknikal perakaunan yang rumit ini.

Dalam menangani pelaksanaan IAS 41 ini, pihak pengurusan atasan syarikat perladangan sawit  wajar memberikan perhatian khusus  kepada isu ini dan  tidak sepatutnya dibiarkan sebagai  satu isu teknikal yang ditabir diperingkat  akauntan sahaja. Perubahan perakaunan ini merupakan satu “ revolusi senyap ” dimana impaknya akan  jauh melampaui sistem simpanan kira kira sahaja.   Ia nya wajar ditangani sebagai satu isu nasional kerana dijangka  akan menjejas aktiviti  ekonomi penting sesebuah negara yang mempunyai sektor perladangan sawit yang besar.

Persatuan dalam  industri perladangan sawit dan juga  lembaga perakaunan nasional  telah berusaha untuk mengemukakan bantahan terhadap IAS 41. Kini ianya memerlukan penglibatan oleh pihak Kerajaan kerana  usaha yang diselaraskan bagi semua sektor adalah sangat perlu untuk bertarung di medan antarabangsa dalam  percaturan politik peraturan perakaunan ini.

India yang pada mulanya berhasrat untuk melaksanakan IAS 41 ini telah menimbang semula keputusan itu kerana masih  terdapat impak sosioekonomi yang belum ditinjau. PR China telah mengisytihar untuk melaksanakan nya tetapi masih terus mengekalkan cara perakauanan asalnya.

Badan antarabangsa  mungkin telah memperakukan pelaksanaan IAS 41 tanpa menyelami kesan yang mendalam  terhadap industri perladangan. Walaubagaimana pun,  terdapat mereka yang mula menyedari implikasi negatif  nya dan ianya jelas ditunjuk dimana Kumpulan Perakaunan Universiti Oxford telah diundang  untuk membentang  kes IAS 41 kepada Bank Dunia di Washington DC baru baru ini.

Untuk mencabar peraturan perakaunan yang baru ini,  semua negara pengeluar  sawit wajar membentuk  satu gagasan untuk menentukan pendirian bersama dengan mempastikan kedudukan yang kukuh serta  terselaras  diperingkat antarabangsa.  Ahli penyelidik di Universiti Oxford UK  pula boleh diminta untuk menghulur bantuan bagi menjuara negara membangun (seperti Malaysia & Indonesia)  untuk menyuarakan pandangan kepada  Badan Antarabangsa yang berkenaan demi  masa depan keseluruhan  industri sawit .

Industri sawit telah menghadapi banyak cabaran pasaran yang muncul dalam bentuk isu teknikal seperti  isu kesihatan lemak tepu (saturated fats), kemapanan ( sustainability) dan  pelepasan karbon (carbon emission) . Sehubungan dengan  isu  kemapanan , industri sawit telah dicabar oleh dua aspek kemapanan iaitu “planet“ dan “manusia” (2P-Planet&People). Dengan pelaksanaan IAS 41 bagi perakaunan perladangan sawit kelak, satu lagi cabaran  lansung  kepada aspek kemapanan ekonomi (keuntungan) akan dihadapi (P3:Profitability). Oleh kerana itu, cabaran terbaru ini yang akan menjejas  kemapanan ekonomi industri perladangan sawit wajar sekali  ditentang dengan  gigih lagi

DMS.

MPOA (24 Ogos ,2010.)

 

Member Login

Members Only


çarkıfelek dumansız ızgara modelleri infertility causes türbanlı seks hikayeleri mobilya modelleri yataş mobilya alfemo mobilya istikbal mobilya